Mengimbas Kembali Kisah 5 Artis Malaysia Yang Dijangkiti Virus Covid-19

Mesti Baca

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Ini Jumlah Yang Dibayar Kepada Meghan & Harry Untuk Wawancara Dengan Oprah Winsfrey

CBS dilaporkan telah membayar jutaan dolar untuk memiliki hak penyiaran wawancara yang sangat dinanti-nantikan iaitu wawancara Oprah Winsfrey bersama...

Mas Khan Nafi Sombong, Ambil Keputusan Berehat Seketika Dari Industri Hiburan

Pelakon Mas Khan menerusi hantaran di Insta-story menafikan bahawa dirinya sombong terhadap wartawan yang cuba menghubunginya baru-baru ini. Ingin Berehat...

Sudah lebih dari setahun dunia dilanda virus Covid-19. Laporan yang diambil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan bahawa negara kita telah mencatatkan jumlah kes Covid-19  yang melebihi 200 ribu kes. Virus ini akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira status, bangsa, umur dan jantina.

Ramai juga selebriti tanahair yang juga terdedah dah telah disahkan positif Covid-19. Namun mereka tidak pernah putus asa dan terus berjuang untuk melawan dan pulih dari virus ini.

Di sini kami ringkaskan antara 5 artis Malaysia yang pernah terkena jangkitan positif Covid-19. jom kita tengok!

Ashraf Muslim

via kopiplanet.com

Ashraf Muslim adalah salah seorang pelakon dalam drama ‘Demi’ yang telah berangkat ke Scotland pada 15 March 2020 dan pulang ke Malaysia pada 31 March 2020. Melalui satu perkongsian video di laman instagramnya, Ashraf mengesahkan yang dia telah dijangkiti virus Covid-19 dan mendapat keputusan bahawa dia positif virus tersebut pada 12 April 2020.

Selepas hampir sebulan dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, akhirnya dia dibenarkan pulang.

Pada mulanya, dia berasa begitu sedih dan sangat sebak namun dia redha dan menganggap ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Puteri Aishah

via Yahoo

Puteri Aishah juga adalah salah seorang pelakon dalam drama ‘Demi’ yang pulang dari Scotland pada 31 March 2020 yang juga positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan koronavirus itu di salah sebuah pusat perubatan swasta di Cheras dan berita tersebut telah disahkan oleh pengurusnya sendiri, Iman Tang menerusi laman instagramnya pada 7 April 2020.

Selepas 2 minggu dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, akhirnya Puteri Aishah telah bebas dari wabak Covid-19 dan dia dibenarkan pulang pada 18 April 2020.

Aliff Satar

via manismadu.com.my

Pelakon, pengacara dan penyanyi Aliff Satar telah mengesahkan dirinya positif covid-19 pada 22 November 2020 melalui satu entri di laman instagram miliknya. Aliff telah mendapat keputusan tersebut selepas dua hari membuat persembahan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik yang ke 35 yang berlangsung di Sri Pentas 2 Shah Alam. Justeru itu, ramai artis Malaysia yang turut terlibat dalam program tersebut turut sama menjalani ujian saringan covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga dan keputusan menunjukkan kesemua mereka yang lain adalah negatif.

Difahamkan selepas membuat persembahan tersebut, Aliff ke Melaka untuk menjalani penggambaran drama dan kemudiannya mendapat panggilan telefon dan diberitahu bahawa salah seorang ahli keluarganya telah positif covid-19. Aliff dengan segera melakukan ujian saringan dan keputusannya juga positif.

Aliff telah dirawat dan dikuarantin di Hospital Besar Melaka selama 12 hari dan dibenarkan pulang pada 4 Disember 2020.

PU Riz

via beautifulnara.com

Pelakon, pendakwah bebas dan tunangan Neelofa, PU Riz telah disahkan positif Covid-19 selepas 3 hari mengalami demam panas. Dia telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 5 April 2020 dan mendapat keputusan pada 6 April 2020.

Difahamkan, punca jangkitan virus ini mungkin berlaku kerana lokasi kediaman PU Riz yang terletak berhadapan dengan Masjid Jamek Sri Petaling dan dia kerap mengerjakan solat di sana sebelum masjid tersebut juga telah ditutup kerana terdapat banyak kes Covid-19.

PU Riz telah disahkan negatif dan bebas dari virus itu pada 18 April 2020 selepas beberapa hari dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Harris Annuar

via iluminasi.com

Pelakon Harris Annuar yang juga merupakan salah seorang sepupu Neelofa dilaporkan positif Covid-19 setelah pulang dari bercuti di Pulau Langkawi. Dia telah disahkan terkena jangkitan virus covid-19 setelah menjalani ujian saringan di sebuah klinik di Shah Alam pada 3 Januari 2021. Dia telah menjalani kuarantin di rumah salah seorang rakannya yang juga positif sambil menunggu panggilan rasmi dari pihak KKM untuk menerima rawatan dan tindakan selanjutnya.

Jadi inilah antara senarai 5 artis Malaysia yang telah disahkan terkena jangkitan virus Covid-19. Sehingga ke hari ini kita masih belum menang untuk melawan virus ini.

Sama-samalah kita menjaga SOP dan menjaga kesihatan bagi menghapuskan rantaian virus Covid-19. #kitajagakita

Terkini

‘Instafamous’ Dikecam Selepas Ketawa Lihat Mangkuk Tingkat Murid

Seorang pengamal media sosial terkenal yang juga usahawan dikecam di laman Twitter selepas memuatnaik ciapannya berkenaan seorang pelajar sekolah...

Artikel Berkaitan