Aktres Pretty Little Liars, Ashley Benson dan pemuzik G-Eazy telah memutuskan hubungan mereka setelah sembilan bulan bersama. Menurut E! News, mereka sudah berpisah sejak beberapa hari yang lalu.
G-Eazy Tidak Memberi Komitmen Sepenuhnya
Pelakon dan pemuzik itu sering bertengkar baru-baru ini sebelum mereka berpisah. Ashley Benson tidak menyukai cara G-Eazy bertindak di sekelilingnya. Ashley Benson turut merasakan bahawa G-Eazy tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap beliau.
G-Eazy Dikatakan Pernah Menggoda Beberapa Gadis Di Khalayak Ramai
Ketidaksetiaan dikatakan menjadi masalah dalam perhubungan rapper ini sebelumnya kerana G-Eazy pernah berpisah dengan Halsey kerana beliau menggoda beberapa orang gadis di khalayak ramai. E! News turut menyatakan bahawa G-Eazy sentiasa menjadi ladies man, tetapi ragu-ragu setelah mereka mulai serius.
Tidak Tahan G- Eazy Bercakap Tentang Wanita Lain
Dari sumber yang sama mendakwa, bahawa Ashley Benson turut tidak tahan kerana G-Eazy bercakap tentang wanita lain. Walaupun hubungan G-Eazy dan Ashley Benson kelihatan serius, terdapat orang dalam yang menggambarkan rapper, Gerald Earl Gillum sebagai “lelaki yang sama seperti dulu”.
Ashley Unfollow G-Eazy Di Laman Instagram
Peminat mula perasan akan perpisahan mereka setelah perasan Ashley Benson sudah unfollow G-Eazy di laman Instagram, dan G-Eazy masih follow akaunnya.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.