Pelakon, Aeril Zafrel tampil berkongsi tip kejayaan yang diamalkannya sehingga kini setelah 10 tahun hidup bersama isteri tercinta yang juga pelakon, Wawa Zainal.
Akui Bukan Pasangan Yang Sempurna
Menerusi sebuah hantaran terdahulu yang dimuatnaik Aeril di laman Facebook,dia menyifatkan pelbagai dugaan telah mereka lalui bersama sepanjang mendirikan rumah tangga dan akui mereka bukan pasangan yang sempurna.
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama. Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan sehinggalah ke harini.
Kami bukanlah pasangan yang sempurna , masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal besama.”-luah Aeril
Serah Pada Wawa Urus Wang Perniagaan
Tambah Aeril lagi, dia turut berkongsi tips kejayaan yang diamalkan termasuk menyerahkan kepada Wawa untuk menguruskan segala perihal kewangan syarikat perniagaan mereka Dedahnya, sehingga kini dia masih tidak tahu cara untuk memindahkan wang syarikat mereka.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company.”-Dedah Aeril
Di akhir hantaran nya. Aeril menjelaskan tujuan dia menyerahkan perihal penting itu kepada Wawa kerana dia percaya wanita mampu menguruskan kewangan dengan baik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.