Monday, February 6, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Malaysia Berada Di Tempat ke-7 Di Dunia Untuk Tweet Terbanyak Mengenai K-Pop

by Phic ARMAN
February 1, 2022
via YouTube

via YouTube

131
KONGSIAN
Share on Facebook

Berjumlahkan 7.8 bilion Tweets secara global pada tahun 2021, #KpopTwitter sekali lagi memecahkan rekod tahun 2020 yang berjumlah 6.7 billion Tweets. Perbualan di #KpopTwitter semakin rancak dan meluas pada tahun 2021 dengan peningkatan volum Tweet secara global sebanyak 16% . Malaysia berada di tempat ketujuh antara 20 negara yang paling banyak Tweet berkaitan K-Pop pada tahun 2021.

Tahun 2021 merupakan tahun yang mengagumkan terutama sekali terhadap artis-artis muda seperti ENHYPEN (@ENHYPEN), Stray Kids (@Stray_Kids), aespa (@aespa_official), dan ITZY (@ITZYofficial) yang telah menjalinkan hubungan bersama peminat-peminat mereka di Twitter. Analisis di Twitter mendapati 20 negara dengan Tweet terbanyak tentang K-pop, 20 negara dengan peminat K-pop terbanyak, artis K-pop paling popular dan juga artis baru paling popular.

Peminat K-pop di Malaysia berjaya meletakkan negara Malaysia di tempat ketujuh bagi negara terbanyak Tweets berkaitan K-pop pada tahun 2021 dan turut menjadikan BTS (@BTS_twt) sebagai artis K-pop yang sering dibicarakan. Menariknya, BTS ARMY di Malaysia turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat banjir pada Disember 2021.

Di kalangan audiens dari seluruh dunia, Indonesia menjadi negara yang paling banyak Tweet berkaitan
K-pop dua tahun berturut-turut. Negara lain seperti Filipina, Korea, Thailand, Amerika Syarikat, Mexico,
Brazil, India dan Jepun berjaya ke tangga 10 teratas.

Walaupun senarai negara dengan bilangan peminat terbanyak (dianalisis oleh jumlah unique authors) kelihatan serupa dengan senarai Tweet terbanyak, mendapati Indonesia di tempat pertama dan diekori dengan negara lain seperti Jepun dan Filipina, negara seperti Peru, Colombia, Singapore dan Ecuador turut tersenarai dalam 20 teratas tahun ini.

Tak lain dan tak bukan, ikon pop abad ke-21, BTS (@BTS_twt) memegang takhta sebagai artis K-pop paling
banyak di Tweet secara global. Konsert ‘BTS PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA’ telah menyumbang sebanyak 68 juta Tweets di seluruh dunia. NCT (@NCTsmtown) berada di tempat kedua, dua tahun berturut-turut.

Artis sensasi seperti BLACKPINK (@BLACKPINK) dan yang paling berpengalaman EXO (@weareoneEXO) tersenarai dalam carta 20 teratas. Namun, kumpulan-kumpulan K-pop baharu turut mengukuhkan kedudukan mereka. Contohnya seperti TOMORROW X TOGETHER (@TXT_members) yang dahulunya di tempat kelapan dan sekarang berada di tempat keenam. Tak lupa juga ATEEZ (@ATEEZofficial) naik satu anak tangga ke tempat kesembilan, dan Stray Kids (@Stray_Kids) di tempat ke-10.

Apa yang akan datang di 2022?

Dengan banyak lagi idola yang akan datang berhubung dengan peminat mereka di Twitter, kemungkinan #KpopTwitter akan terus memecahkan rekod baharu setiap tahun.

Selain K-pop, perbincangan berkaitan hiburan Korea terus berkembang. Hal ini kerana peminat K-pop bukan sahaja berbual tentang lagu kegemaran, persembahan, mahupun konsert kesukaan mereka, malah, mereka turut menunjukkan minat terhadap drama Korea, dan webtoon yang disertakan soundtrack atau dibintangi idola K-pop kegemaran mereka.

Apabila perkongsian hiburan Korea secara global semakin meningkat, kami tidak sabar untuk melihat lebih banyak perbualan yang pelbagai di Twitter dan menyediakan lebih banyak kandungan yang boleh anda lihat #HanyaDiTwitter pada tahun 2022.

Sumber: Data internal Twitter, Tweet Global, 1 Jan – 31 Dis, 2021.
Nota: Bagi tahun 2021 kami menganalisis 10 artis K-pop yang sedang meningkat naik di seluruh dunia yang
memulakan kerjaya dari tahun 2019 hingga 2021 melalui Tweet yang berkaitan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: BTSkpopTwitter
Share52Tweet33SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Berhijab di Masjid Abu Dhabi, Kemunculan Jennie BLACKPINK Raih Pujian Netizen
Korea

Berhijab di Masjid Abu Dhabi, Kemunculan Jennie BLACKPINK Raih Pujian Netizen

by Aphit J.
February 5, 2023
Persembahan “Dreamers” Jungkook Di Piala Dunia Diiktiraf Sebagai Momen Paling Luar Biasa Tahun 2022
Korea

Persembahan “Dreamers” Jungkook Di Piala Dunia Diiktiraf Sebagai Momen Paling Luar Biasa Tahun 2022

by Phic ARMAN
December 29, 2022
Full House! Jom Lihat Foto-foto Sekitar Acara Pertemuan Park Eun-bin Bersama Peminat di KL
Korea

Full House! Jom Lihat Foto-foto Sekitar Acara Pertemuan Park Eun-bin Bersama Peminat di KL

by Phic ARMAN
December 26, 2022
Top 5 Pelakon Korea Paling ‘Meletup’ Di Netflix Tahun 2022
HotList

Top 5 Pelakon Korea Paling ‘Meletup’ Di Netflix Tahun 2022

by Haz Haan
December 23, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan