Tarikh 22.2.22 merupakan tarikh istimewa kepada beberapa orang selebriti yang telah menimang cahaya mata namun tarikh itu juga merupakan dugaan buat penyampai radio dan pengacara Radin yang telah disahkan positif COVID-19.
Alami Gejala Sakit Tekak Selepas Bangun Tidur
Menerusi posting di Instagram, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendy Ahmad Aruani mendedahkan dia mengalami gejala sakit tekak selepas bangun tidur dan kini badannya mula berasa sengal dan kesejukan.
“Symptoms saya hanya sakit tekak bila bangun tidor then terus buat saliva test, namun result NEGATIVE. Hati tak sedap, terus call @kai_kaklong & @muazmahmudm sebab nak buat swab test & result nya POSITIVE. Kini badan baru nak rasa sengal sikit & sejuk. Please jaga diri korang!”- tulis Radin
Mohon Maaf Pada Individu Yang Disahkan Kontak Rapat
Tambahnya lagi, dia turut memohon maaf kepada individu yang telah menjadi kontak rapat dengannya dan turut meminta orang ramai dapat mendoakannya agar diberikan kesembuhan segera.
“So, mohon maaf kepada individu-individu yang ‘close contact’ dengan saya & untuk urusan kerja boleh menghubungi lihak pengurusan @era.je atau pengurus saya @eddy.algojo. Doakan agitcheww”- katanya lagi
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.