Penyanyi, pelakon, hos dan aktivis kemanusiaan terkenal tanah air, Hazwani Helmi yang kini berada di kota Tarim yang terletak di Hadramaut, Yaman berkongsi video sepanjang perjalanan ke kota bersejarah ini di Insta-Stories nya.
Beratur Berminggu Nak Dapatkan Petrol
Dalam rakaman yang dikongsikan selebriti jelita ini di Insta-Stories nya, kenderaan yang beratur panjang di seberang jalan dalam video tersebut sebenarnya adalah kerana penduduk di kota Tarim perlu beratur untuk mendapatkan minyak petrol.
Menurut Hazwani, penduduk di kota bersejarah itu ada kalanya perlu beratur hingga berminggu-minggu demi mendapatkan bekalan minyak petrol yang murah.
“Kehidupan di Tarim Yemen
Mereka terpaksa beratur panjang sampai berminggu-minggu demi nak dapat petrol yang murah.
Disebabkan kondisi ekonomi di sini sangat mencabar” luahnya
Untuk rekod, Hazwani Helmi kini menjalani penggambaran filem ‘Road To Heaven’ yang berlangsung di bumi Palestin bersama kakaknya Heliza Helmi dan beberapa barisan pelakon terkenal tanah air lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.