Tular di media sosial foto keratan surat khabar lama era 60an ke 70an menjadi bualan hangat ramai pengguna Twitter, gaya penulisan yang secara terus berserta ejaan bahasa Melayu zaman dahulu membuatkan sesiapa saja yang membaca berita tersebut rasa terhibur.
Penulisan Berita ‘Direct’ Dan Punya Unsur Lucu
Foto-foto keratan surat khabar lama berserta kapsyen dan tajuk penulisan yang lucu, sememangnya menjadi perhatian ramai pengguna Twitter.
“Anak-anak muda bersekuter berlagak romeo, ada buah dada di-pichit, di-korek”
Hero ini terjun dalam longkang macam katak” kapsyen dari keratan berita lama
“Sebahagian dari penempah-penempah maut di Shah Alam”
“Ni sekor lagi hentam bampa kereta” antara kapsyen penulisan berita lama
Netizen Kagum Dengan Penulisan Wartawan Lama
Melihat foto penulisan berita lama tular di Twitter, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa terhibur tatkala membaca kapsyen yang ditulis wartawan zaman dahulu.
“Bila baca dia punya rasa macam ada kat tempat kejadian”
“Baca pun dah tahu tahap berbulu dia”
“Baru ada semangat nak baca HAHAHA” ciap warga Twitter
“Baru ada semangat ‘sis’ nak baca surat khabar macam ni wkwkkwwk”
“Saya tergamam dan terhibur melihat tulisan yang menggamit jiwa”
“Berdekah aku” ciap mereka
“Penulisan menarik, 5 haaa”
“Bampa”
“Menarik, sesuai dengan gambar, cun dia ambil ‘shoot” ciap mereka lagi
Apa pandangan anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.