Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih atas tragedi pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin.
Ucap Takziah
Mewakili ‘Keluarga Malaysia’, Ismail mengucapkan takziah kepada Kerajaan China dan keluarga mangsa tragedi tersebut. Malah, Ismail turut mengharapkan mereka akan tabah menghadapi ujian yang melanda.
“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China semalam.
“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada Kerajaan China dan keluarga mangsa.
Diharap semoga tabah menghadapi ujian ini,” ujarnya dalam ciapan di Twitter
Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China semalam. pic.twitter.com/DfPOOadZ0c
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 22, 2022
Berusia 6 Tahun
Untuk rekod, pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan, ketika dalam penerbangan dari bandar Kunming ke Guanzhou.
Menurut Flightradar24, sebuah pesawat 737-800 itu berusia 6 tahun, menurut Flightradar24 dan ia membawa 123 penumpang dan sembilan anak kapal.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.