Terkini, kerajaan telah mengumumkan kira-kira dua juta penerima vaksin Sinovac berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Adibah Noor Beri Respond
Berita yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan tersebut mendapat perhatian dari Adibah Noor. Menerusi akaun twitter Adibah Noor, dia seolah-olah terkejut dan bertanyakan kembali kepada netizen mengenai berita tersebut.
Netizen Gelar Lembu Betina
Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas dari salah seorang pengguna twitter.
Dalam akaun tersebut, pengguna tersebut menggelarkan Adibah Noor sebagai lembu betina yang seolah-olah tidak maklum dengan berita tersebut.
Adibah Jawab Kecaman Netizen
Tindakan dari pengguna twitter telah dibalas oleh Adibah Noor. Dia menyatakan bahawa dia merupakan antara individu yang sudah lama mengambil suntikan tersebut.
Adibah juga turut memohon maaf kepada netizen mengenai status ciapan yang dibuatnya dan melihat kepada komen di twitter, ramai yang mengecam tindakan pengguna twitter tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.