Pelakon, pengacara dan usahawan, Dynas Mokhtar memuatnaik video senaman di akaun Instagram nya menarik perhatian orang ramai di media sosial selebriti jelita tersebut.
Sikap Tidak Putus Asa Kunci Rahsia Dynas
Melihat video yang dikongsikan Dynas di Instagram nya, pelakon berbakat ini kelihatan berdisiplin dan cekal meneruskan aktiviti senaman meski memasuki bulan ramadhan.
Dan dengan mengambil sikap tidak mudah berputus asa sebagai kunci, Dynas berjaya lakukan rutin senaman tersebut dengan lancar dan terus memaksa diri agar momentum yang dibina sebelum ini tidak hilang.
“Teruskan memaksa diri anda! Jangan putus asa lagi… 20 hari lagi nak puasa.. Kemudian kita boleh paksa lebih lagi bila kita tak berpuasa.
Jangan hilang momentum nanti lagi susah nak paksa. Dengar pada tubuh anda itu yang penting. Sebenarnya hari ini Dynas pancit sikit tapi saya cuba untuk paksa dan tidak berputus asa Alhamdulillah.” tulisnya
Netizen Kagum Dengan Dynas
Melihatn perkongsian tersebut, ramai yang memberi komen dan emoji sebagai tanda mengagumi kekuatan dan sikap tidak mudah putus asa selebriti tersebut untuk kekal cergas dalam bulan ramadhan ini.
“Kuat”
“Wah.. Kena kekal fit.. Ada drama lasak nak masuk ke ni..”
“Puan Wong nak beraksi ni !!”
Wow” komen mereka
Bagi yang nak nampak langsing sebelum raya, bolehlah lakukan senaman seperti Dynas!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.