Baru berusia 18 tahun, namun anak gadis pelakon Vanidah Imran ini mencuri tumpuan ramai. Maryam Rashika merupakan anak kedua Vanidah hasil perkahwinannya dengan pelakon Rashidi Ishak.
Baru-baru ini Vanidah berkongsi foto bersama anak gadisnya ketika meraikan hari ibu untuk tatapan umum. Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik, Vanidah mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia.
Ternyata dari gambar yang dipamerkan sudah cukup menunjukkan pasangan anak-beranak ini memang akrab. Bukan itu sahaja, di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Maryam dan mengaitkan wajah nya mirip dengan model Zahirah McWilson.
Namun apa yang pasti Maryam mewarisi kejelitaan ibunya, Susan yang merupaka naib juara Miss World Malaysia 1993 . Sekadar info, Vanidah berkahwin dengan pelakon dan gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Maryam. Walau bagaimanapun, Vanidah dan Rashidi telah memfailkan perceraian pada 9 Ogos 2018.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.