Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa telah membuat laporan polis dan mendakwa data peribadi dalam surat samannya ditularkan oleh inidvidu yang tidak dikenali.
Akur Dengan Undang-Undang
Perkara itu dikongsi menerusi ruangan Instagram Story milik ‘influencer’ berusia 22 tahun itu hari ini.
“Malaysia ada undang-undang, saya akui dan terima hukuman. Jadi apakah tujuan dan motif Tuan mengviralkan data peribadi saya tanpa izin.
“Butiran dalam surat saman tersebut, nama penuh, alamat dan kad pengenalan saya adalah data peribadi saya,” kongsinya.
Dalam perkongsian sama, Haqiem turut berkongsi potongan artikel tentang hukuman denda yang boleh dikenakan terhadap individu yang menyebarkan maklumat peribadi tanpa kebenaran tuan punya diri iaitu di bawah Seksyan 130 dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau keduanya sekali.
Akui Kesalahan, Bimbang Perkara Tak Diingini Berlaku
Memetik laporan Harian Metro hari ini, Haqiem mengakui kesilapannya memandu kereta tanpa lesen.
Dalam laporan berkenaan, Haqiem menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal kerana dia ditahan ketika sekatan jalan raya, kemarin.
Sebaliknya, Haqiem disaman dengan satu notis bernilai RM600 untuk dua kesalahan dan bukan banyak seperti yang didakwa segelintir netizen.
Akui hairan gambar notis saman dan maklumat peribadinya ditularkan, Haqiem juga bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada orang tuanya kerana alamat tempat tinggal mereka didedahkan kepada khalayak ramai.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.