Semua masalah gangguan bekalan elektrik telah dibetulkan dan puncanya adalah berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor, seperti yang dijelaskan di laman Facebook TNB.
Pada jam 12.39 tengahari tadi, banyak kawasan di Malaysia melaporkan bekalan elektrik terputus menyebabkan kesulitan orang ramai. Banyak lampu isyarat juga tidak berfungsi akibat gangguan bekalan elektrik menyebabkan Jalan Lembah Klang menjadi huru-hara.
Sebuah video yang tersebar secara meluas di media sosial dan dimuatnaik di China Press menunjukkan cawangan TNB yang terletak di Yong Peng, Johor mengalami letupan dan ia menyebabkan gangguan besar di seluruh bandar.
Lihat video di bawah;
Selain itu, pengguna media sosial turut memaklumkan beberpa negeri turut mengalami gangguan antaranya Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang. TNB masih belum memberi maklum balas mengenai perkara ini dan hanya mengeluarkan kenyataan menyebut bahawa mereka sedang berusaha keras untuk memulihkan bekalan elektrik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.