Pelakon Tony Eusoff memberi reaksi terhadap isu ahli politik atau menteri yang dikatakan mencebur bidang lakonan.
“Ada Daftar Nombor Seniman Tak?”
Menerusi ciapan di Twitter, Tony Eusoff dilihat seolah-olah menyelar tindakan menteri yang cuba untuk menjadi pelakon malah turut mempersoalkan sama ada mereka telah mendaftar sebagai ahli SENIMAN.
“Menteri yang tetiber jadi pelakon ni satu je aku nak tanya, diorang ada daftar nombor seniman tak.?”-Ciapan Tony Eusoff di Twitter
Pelbagai Reaksi Netizen
Tinjauan Murai MY di ruangan balas ciapan Tony Eusoff mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka walaupun tidak menyebut nama siapakah menteri yang dimaksudkan.
“Tak masalahnya i yang rakyat marahen nak buat 2-3 kerja pun tak ada masa kenapa dia seorang menteri yang Ismail Sabri kata life diorang fuhh sempat berlakon!! Tu yang pening fikir sampai sekarang.”
“You ingat dia peduli ka? Asal dapat duit, hantam saja.”
“Betul juga..Lakonan betul-betul menjadi. Asal naik court, datang dengan aksi lakonan lima bintang.”
Ahli politik dan menteri juga mahu cuba menjadi pelakon…Siapakah menteri yang dimaksudkan oleh mereka???
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.