Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Perginya Ke Negeri Abadi Idola Abam”- Shahrulezad Kagum Dengan Karya Arwah Mohd Noor Kadir

by Naddy Joe
July 29, 2022
143
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian pengarah dan penerbit terkenal, Mohd Noor Kadir yang menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1.57 pagi hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser prostat tahap empat telah mendatangkan rasa duka pelbagai pihak, termasuklah pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin.

Shahrulezad mengakui arwah merupakan idolanya yang telah menghasilkan drama popular seperti Cinta Antara Benua, Cinderella, Salam Taj Mahal, dan banyak lagi.

“Perginya Ke Negeri Abadi Idola Abam”

Menerusi hantaran di Instagram, Shahrulezad mengakui karya-karya hebat yang dihasilkan oleh arwah telah mendorong dirinya untuk menjadi seorang pengarah sehingga ke hari ini.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Perginya ke negeri abadi idola abam ?. Jujur kata karya-karya Abang Mat Noor Kadir banyak mendorong abam menjadi seperti hari ini.

“Drama-drama seperti Cinta Antara Benua, Cinderella, Tarantula dan macam-macam lagi memang jadi minat abam.”-Kongsi Shahrulezad

Jasa Arwah Dalam Dunia Drama Sangat Besar

Mengagumi gaya penceritaan karya yang sangat diperhalusi oleh arwah, Shahrulezad mengatakan bahawa jasa arwah dalam dunia drama adalah sangat besar.

“Style penceritaan abang Mat memang abang perhalusi. Pendek kata abam banyak belajar cara ‘bercerita’ lewat karya beliau. Jasa Allahyarham pada dunia drama tempatan sangat besar.

“Atas izin Allah abam tidak akan berada di sini kalau bukan pengaruh dari rasa kagum dengan drama-drama terbitan Kuasatek”-Tulis Shahrulezad

View this post on Instagram

A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

Sekadar info, Allahyarham Mohd Noor telah menerbitkan drama-drama popular seperti Salam Taj Mahal, Cinta Antara Benua, Cinta Korporat, Cinderella, Romeo & Juliet, Kama Sutra pada era 1990-an.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Noor Kadir agar rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan kalangan orang-orang beriman.

mohd noor kadir meninggalShahrulezad
https://lomp.at/6z1ih
Share57Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem