Berita baik untuk peminat K-Pop! Penginapan luas di mana ikon pop abad ke-21, BTS, menginap semasa penggambaran IN THE SOOP BTS ver. Season 2, kini di Airbnb untuk penginapan semalaman buat julung-julung kalinya.
Menikmati Ketenangan Kawasan Disekitar
Bagi peminat yang ingin merasai sendiri pengalaman seperti ahli kumpulan BTS, disini anda akan berpeluang untuk mencari ketenangan di kawasan desa yang subur menghijau di rantau Gangwon, Korea Selatan, sama seperti yang dilakukan oleh tujuh ahli tersebut sambil berehat dan menikmati kehidupan seharian.
Melakukan Aktiviti Seperti BTS
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti membaca buku di bilik bacaan seperti RM atau bersantai gaya Jin di atas pelampung berbentuk unikorn di kolam renang.
Malah anda boleh mencari inspirasi kreatif dan bermain gitar seperti SUGA, berswafoto dengan Polaroid seperti j-hope atau melukis di atas kanvas seperti V.
Untuk hiburan yang lebih bertenaga, anda buat senaman beberat seperti Jimin, terbang tinggi dengan trampolin seperti Jung Kook atau lantunkan bola di gelanggang bola keranjang seperti Bam iaitu anjing peliharaan Jung Kook.
Penginapan Terhad
Tetamu boleh memohon untuk menempah penginapan ini bermula pada hari Selasa, 2 Ogos dari 11 pagi KST (Selasa, 2 Ogos pada 10 pagi MYT) di Airbnb.
Walaupun hanya satu penginapan semalaman akan ditawarkan, peminat juga berpeluang untuk melihat penginapan ini semasa menginap di penyenaraian lain yang berhampiran dengan penginapan ini tidak lama lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.