“Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar,”
Demikian perasaan pempengaruh media sosial atau influencer yang juga usahawan, Siti Jamumall yang mendapat hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23, kelmarin.
Seperti Mimpi
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.
“Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.
Jualan RM1 Juta
Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.
“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.
“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya.
Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.
Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapan sekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.