Baru-baru ini usahawan terkenal Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM berkongsi dia baru sahaja membeli sebuah kereta mewah Range Rover untuk dirinya.
Utamakan Anak Terlebih Dahulu
Menurut Kak KM, kereta tersebut dibeli setelah berkongsi kesenangan dengan keluarganya seperti membeli rumah untuk keselesaan anak-anaknya terlebih dahulu.
“Memang impian saya untuk beli kereta tersebut, cuma sebelum ini saya lebih kepada anak-anak, saya beli rumah dahulu untuk beri mereka keselesaan, kiranya sebelum ini semua untuk anak, sekarang masanya untuk diri saya pula.
“Perniagaan saya sudah semakin besar, barang-barang saya sudah dijual satu Malaysia malah sudah masuk pasaran luar negara,” katanya.
Kak KM berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran SUKE GO dengan kerjasama GOKINGKONG di pejabat urusan SUKE TV semalam.
Cara Perniagaan
Dalam pada itu, Kak KM juga mengulas tentang cara dia memasarkan perniagaan yang mungkin dianggap kurang sopan oleh segelintir pihak.
Menurutnya, dia tidak mengambil pusing tentang kata-kata negatif, pada masa sama tidak menyibuk tentang tepi kain orang lain.
“Saya tak peduli apa orang nak cakap, kita tahu diri kita macam mana, asalkan saya tak sibuk hal orang. Tapi, bila orang bercakap tentang kita itu bagus, saya suka. Bila perniagaan kita maju dan sukses, orang mula nak bercakap, baguslah,” katanya lagi.
Kak KM merupakan salah seorang usahawan yang memasarkan produk jamunya, Sweet Dara menerusi platform e-dagang naungan Suke TV, SUKE GO dengan kerjasama GOKINGKONG.
Kata Kak KM, platform tersebut memberi jaminan dan kepastian untuk para pelanggan membeli produk keluarannya yang betul-betul asli, bebas tiruan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.