Penceramah bebas, Pencetus Ummah Syed atau lebih dikenali sebagai PU Syed mendapat kecaman segelintir netizen di media sosial selepas dikatakan tidak melakukan bantahan terhadap para artis lain yang akan melakukan konsert di ibu negara.
Persoal PU Syed Tidak Mahu Buat Bantahan
Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed dilihat memuatnaik tangkap layar beberapa komen netizen yang mempersoalkan tindakannya yang dikatakan berdiam diri selepas melakukan bantahan terhadap penganjuran konsert penyanyi kumpulan wanita Korea Selatan, Blackpink pada tahun 2023 ini.
“PU Syed taknak buat bantahan ke. Haritu bukan main siap nak buat bantahan BLACKPINK hahaha.”-Komen netizen
Digelar Sebagai ‘Munafik’
Dalam pada itu, PU Syed turut digelar ‘munafik’ oleh seorang netizen yang lain yang rasa berang dengan penceramah bebas itu.
“PU Syed memang munafik betul. Dia memang lebai takleh pakai @Pencetus Ummah Syed.”-Komen netizen lain
Jelas PU Syed, beliau tetap harus meneruskan dakwah dan pencegahan maksiat agar generasi yang akan datang tidak akan terus hanyut.
PU Syed sebelum ini pernah dipersoal netizen lain yang dikatakan ‘berat sebelah’ kerana tidak memberikan sebarang ulasan terhadap konsert artis dari negara seberang yang bakal melakukan konsert di ibu negara kelak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.