Semalam heboh di media sosial mengenai posting Justin Bieber tentang penangguhan konsertnya. Namun begitu, pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed tampil memberi kenyataan bahawa konsert tersebut adalah satu program yang lagha.
Tiada satu manfaat buat Negara dengan kehadirannya..melainkan program lagha semata²..Jika dia bercadang nak batalkan konsert jelajah dunianya..maka masukkan Malaysia sekali dalam senarai pembatalan.- tulisnya.
PU Syed mengatakan bahawa konsert Justin Bieber ini tidak membawa satu manfaat sekalipun, bahkan dia berpendapat bahawa konsert tersebut merupakan satu program yang lagha untuk rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar Malaysia tersenarai dalam senarai pembatalan konsert jelajah dunia berkenaan.
Netizen Menyokong PU Syed
Batal je semua tak ada faedahnyaaa, semakin teruk nnti
Saya sokong 🙌🔥
Bagus2..lagi bagus panggil habib2 buat qasidah- netizen
Menerusi ruangan komen posting ini, rata-rata netizen bersetuju dengan penyataan PU Syed dan meminta untuk membatalkan konsert jelajah Justin Bieber. Ada juga yang memberi cadangan bahawa lebih baik memanggil orang-orang beragama datang ke Malaysia untuk mengadakan program islamik seperti program qasidah.
Sedikit info, PU Syed ialah seorang pendakwah di Malaysia yang telah memenangi dan dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Islamik terbitan Astro Oasis, Pencetus Ummah musim ke 3 pada 2015.
Posting penuh boleh lihat dibawah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.