Penyanyi dan pelakon era 70’an, Aman Shah telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, disebabkan kompilasi jantung.
Memetik laporan Utusan, khabar duka itu diberitahu oleh pembantu peribadi adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar.
“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Dia mengalami komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan malam tadi.
“Allahyarham dimasukkan ke hospital tiga hari lepas. Sekarang kami sedang menunggu proses selanjutnya,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN turut mengesahkan perkara tersebut.
“Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya.
Imbas kembali, Allahyarham amat sinonim dengan lagu rayanya berjudul Kepulangan Yang Dinanti, terutamanya setiap kali menjelang bulan syawal setiap tahun.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.