Bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Velly dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur sekitar jam 7 pagi tadi.
Memetik laporan BERNAMA, berita duka itu disahkan oleh bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam.
“Saya menerima panggilan pagi tadi memaklumkan beliau (Samy Velly) meninggal dunia ketika tidur,” katanya.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata, upacara pengebumian akan diumumkan oleh keluarga mendiang kelak.
Imbas kembali, Samy Vellu memimpin MIC dari 1981 hingga 2010. Beliau merupakan antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, selama kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.
Difahamkan, mayat mendiang akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Cheras esok.
Menurut setiausaha Akhbar mendiang, Datuk E. Sivabalan, orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian di rumah mendiang di No.19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh, selepas 2 petang hari ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.