Baru-baru ini, tular satu video di media sosial mengenai seorang pemuda yang memegang janggut Ustaz Azhar Idrus semasa bersalaman dengannya. Tindakan pemuda itu telah menimbulkan kemarahan netizen dan dianggap tiada adab.
Kalau Boleh Minta Izin Dulu…
Adab la
kalau boleh minta izin dulu…..adab dengan guru
Adab paling utama- netizen
Netizen tidak selesa dengan tindakan yang dilakukan oleh pemuda itu dan menyifatkan ia tidak beradab. Ada juga yang memberi komen supaya mengutamakan adab berguru dan seeloknya meminta izin terlebih dahulu agar terlihat lebih sopan.
Bodyguard Tidak Puas Hati
“bodyguard perati je nak kena budak ni”
“Abang belakang tak puas hati jer. HAHAHAHA”
“Bodyguard dia risau.. kadang dengan pegang janggut benda sekarang macam-macam.. kot dia dapat sehelai janggut UAI, hmmm Wallahualam”
“Bodyguard tu tak nampak sangat pun dia pegang janggut ke tak.. dia cuma jalankan tugas saja. kalau tangan dia cepat lagi mesti dah sampai muka tangan tu.. kut orang nak acu pisau ke”
“Takut dia curi helaian rambut tu.. then buat yang bukan-bukan. risau,” antara komen netizen.
Riak wajah seorang lelaki yang berada di belakang UAI dikatakan bodyguard kepada pendakwah itu juga menarik perhatian netizen. Riak wajahnya sewaktu pemuda itu memegang janggut UAI dikatakan seolah-olah kurang selesa melihat situasi tersebut.
Sekadar info, Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang pendakwah bebas di Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, kompleks serta pekat dengan dialek Terengganu.
@syedafzann Slumber ja dia pegang janggut UAI.. #MasjidDaerahTaiping #ustazazharidrusofficial
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.