Penyanyi dangdut popular Indonesia, Via Vallen telah mengalami keguguran kandungan bayi yang hampir menjadi anak pertamanya.
Dikongsi Sendiri
Berita duka itu dikongsi sendiri oleh Via menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Dear anakku yang sudah di syurga Allah, selamat bersenang senang ya nak. Di sini ami Alhamdulillah sudah siap dan dijaga baik oleh abimu,” coretnya.
Reaksi Netizen
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kebaikan buat Via dan suaminya, Chevra Yolandi.
“Ibu dan ayah yang kuat dan hebat.
“Semangat selalu Nduk. Yakinlah Allah adalah sebaik baiknya Sang Perencana bagi hamba-Nya.
“Semangat Kak Via,, semoga segera diberi zuriat lagi amin,” antara komen wargamaya.
Dalam perkongsian berkenaan, Via berkongsi foto bersama Chevra bersebelahan di katil sebuah hospital.
https://www.instagram.com/p/CkBFdU5PrKV/
Sebelum perkongsian di atas, Via memaklumkan jantung bayi dalam kandungannya itu berhenti berdegup pada usia lapan minggu.
Terdahulu, Via dan Chevra mendirikan rumah tangga pada Jun 2022.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.