Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini, lapor BERNAMA.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.
Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut.
AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022.
Kemas Kini Media Sosial
Hasil tinjauan Murai MY pula, Tan Sri Tony berkongsi tentang keputusannya itu di akaun Instagram miliknya.
Kata beliau, fokusnya selepas ini akan tertumpu kepada syarikat AirAsia (yang ditulis sebagai ‘Capital A’)
“Sekarang tibalah masa untuk saya meletak jawatan dan menumpukan perhatian terhadap Capital A. Sangat teruja dengan masa hadapan AirAsia X,” tulisnya sebagai kapsyen.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.