Jaya Bachchan yang dikenali sebagai salah seorang artis senior India sering bertelagah dengan krew media. Dia sering berbalah malah menghalau paparazi yang cuba mengambil gambarnya.
Manja Dengan Cucu
Tetapi sebaliknya berlaku apabila dia bersama dengan cucunya, Navya Naveli. Dia sangat manja dan manis dengan cucunya.
Malah dia sendiri tidak kisah jika cucunya ingin melakukan apa sahaja termasuklah jika cucunya itu hamil luar nikah dan mempunyai anak tanpa sebarang akad nikah.
Tidak Kisah Jika Cucu Hamil Luar Nikah
Kenyataan Jaya Bachchan terhadap cucunya, Navya Naveli, baru-baru ini mengundang kontroversi. Ini kerana isteri Amitabh Bachchan tidak kisah jika cucunya hamil luar nikah.
Bukan itu sahaja, Jaya Bachchan sendiri menasihati cucunya itu supaya berkahwin dengan kawan baik. Pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham ini juga tiada masalah jika cucunya itu mempunyai anak walaupun belum berkahwin.
Perlunya Ada Sentuhan Fizikal
Menurut Intepseleb, Jaya juga menjelaskan perlunya ada sentuhan secara fizikal jika inginkan sesuatu hubungan bertahan lama.
Jika tiada sentuhan fizikal, ia tidak akan bertahan lama. Anda tidak boleh bertahan dengan cinta dan udara segar sahaja, saya rasa. Ini sangat-sangat penting.
Selain itu, Jaya Bachchan turut menjelaskan kepentingan melakukan hubungan seks. Menurut artis senior India ini, perkongsian keintiman antara pasangan menjadikan hubungan yang sihat dan berkekalan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.