Para peminat Blinks sudah merisaukan kesihatan salah satu anggota Blackpink iaitu Jisoo. Ini kerana mereka melihat bahawa ahli BLACKPINK itu mempunyai kesan dengan benjolan luar biasa di lehernya, menimbulkan kebimbangan.
Soompi melaporkan mereka meluahkan rasa bimbang sekiranya benjolan itu petanda kepada kanser limfoma apatah lagi gaya hidup dan jadual yang padat membuatkan kumpulan itu terdedah kepada pelbagai penyakit.
Berkenaan isu itu, YGE secara ringkas menyatakan,
“Jisoo sedang menunaikan tugasnya untuk jadual jelajah dunia BLACKPINK tanpa sebarang masalah, dan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.”
Terdahulu, tular di media sosial gambar memaparkan benjolan di bahagian lehernya ketika sedang membuat persembahan di sebuah konsert yang membuatkan peminat bimbang. Mungkin ia salah satu faktor para anggota kepenatan kerana mempunyai jadual yang padat dan tiada masa untuk berehat. Kes ini merupakan kes biasa kepada setiap anggota K-POP yang perlu membuat persembahan untuk menaikkan nama kumpulan tersebut.
Sementara itu, BLACKPINK akan meneruskan jelajah dunia ‘BORN PINK’ mereka di Eropah dari November hingga Disember. BLACKPINK merupakan Kumpulan gadis Korea Selatan yang ditubuhkan oleh YG Entertainment yang terdiri daripada ahli Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.