Victoria Beckham bimbang tentang kehidupan rumah tangganya dengan David Beckham. Ini kerana bekas Gadis Spice itu merasakan selepas berpisah dengan anak lelakinya Brooklyn, suaminya akan menjadi orang seterusnya yang akan berpisah dengannya.
Bagaimanapun, bekas pemain Manchester United itu meyakinkan isterinya dan jangan berfikir bukan-bukan terhadapnya. Ini kerana Victoria amat menyanyangi anak sulungnya itu dan tidak mahu melepaskannya kerana anaknya akan berpindah ke London. Justeru Victoria sangat takut akan semua akan pergi darinya.
Menurut sumber Geo Entertaiment memberitahu ;
“David kecewa melihat betapa hancurnya Victoria atas apa yang berlaku, dan dia tahu lebih daripada sesiapa betapa dia sangat sayang Brooklyn dan betapa tidak adilnya semua itu terhadapnya. Dia benar-benar melakukan yang terbaik untuk membantu”.
Sejak kejadian itu, David telah memberinya perhatian yang lebih istimewa dan tahu isterinya menyembunyikan sakitnya. Selama bertahun-tahun dia mengutamakan keluarga walaupun dia sentiasa sibuk dengan kerjayanya namun, pada sangat ini, tiba masanya untuk dia melakukan semua perkaran bersama-sama dengan isterinya dan juga anak-anak.
Mereka berdua berasa seperti semakin tua dan ia adalah perasaan yang indah untuk dapat berehat dan melepak di rumah bersama-sama.
Makluman, David Beckham telah berkahwin dengan Victoria Beckham pada 4 Julai 1999 dan mereka dikurniakan empat orang anak Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.