Skeptikal orang kita bila mendengar produk ‘made in China’ agak mendukacita. Ramai beranggapan produk China tidak berkualiti dan sangatlah serkap jarang dalam proses pembuatan. Sebenarnya tidak semua begitu, ada juga produk sana yang terbukti keberkesanannya.
Pernah dengar tentang jenama Herborist? Katanya jenama popular dan mewah dari China, yang menggunakan bahan semula jadi serta herba turun-menurun.
Herborist telah melancarkan siri produk penjagaan kulit premium, Imperial Wu-Xing and Tai Chi, kepada semua rakyat Malaysia. Ramuan berharga dan teknologi canggih yang digunakan dalam kedua-dua siri ini memberikan pengguna keadaan kulit yang dipertingkatkan.
Kenapa popular? Herborist disukai oleh pengguna kerana ramuan berasaskan herba Cina dan produk penjagaan kulit tanpa alkohol. Herborist menggabungkan pengetahuan traditional secara halus dan formula inovatif untuk mencipta produk yang dapat menyelesaikan masalah kulit dengan serta-merta, dan menstabilkan keadaan kulit untuk tempoh yang lebih lama.
2 produk anti-penuaan yang ditawarkan Herborist, adalah;
Tai Chi
Siri ini direka untuk mereka yang sering berjaga malam dan terpaksa menjalani hari mereka dengan tidur yang minimum. Ekstrak Condenses Paeonia Suffruticosa dan Lindera Strychnifolia disertakan dalam siri ini dengan Teknologi Biological Clock, membolehkan kulit kembali normal, meningkatkan dan melindungi daripada anasir jahat yang berpotensi merosakkan kulit.
Rangkaian Tai Chi terdiri daripada;
- Revitalizing Repair Cream
- Revitalizing Repair Eye Cream
- Revitalizing Repair Toner
- Revitalizing Repair Essence
Imperial Wu-Xing
Diinspirasikan oleh Taixuan Codex, Herborist menggabungkan ekstrak herba, seperti Pearls, Panax Ginseng, Solomon Seal, Osmanthus Flower dan Amber. Lima bahan ini untuk mengekalkan kulit cerah, melindungi kulit daripada radikal bebas dan kehilangan keanjalan, menghidrat lapisan kulit yang lebih dalam, mempercepatkan kulit dan metabolisme, serta sokongan penyerapan.
Pakar penjagaan kulit menggunakan Teknologi M3 Pro pada siri ini untuk keberkesanan yang tinggi dan hasil yang tahan lama. Dengan teknologi ini, ia dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memperbaiki penampilan kulit yang tua dan menjadikan pengguna kelihatan muda.
Terdapat juga Ekstrak Yis dengan antioksidan pekat untuk memperbaiki kulit dan pertahanan semula jadi. Rangkaian produk ini sesuai untuk wanita berumur 25 tahun ke atas yang ingin mengekalkan kulit kelihatan muda.
- Imperial Wu-Xing Facial Cleanser
- Imperial Wu-Xing Toner
- Imperial Wu-Xing Essence
- Imperial Wu-Xing Eye Essence
- Imperial Wu-Xing Eye Cream
- Imperial Wu-Xing Emulsion
- Imperial Wu-Xing Day Cream
- Imperial Wu-Xing Night Cream
Tai Chi dan Imperial Wu-Xing boleh didapati pada harga dari RM 1,600 dan RM 3,920 dan seterusnya. Mereka yang berminat untuk membeli kedua ini siri boleh singgah di mana-mana cawangan Herborist di Parkson Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, One Utama dan Sunway Velocity.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Herborist dan pelbagai produk penjagaan kulit yang lain, lawati laman web rasmi di www.herborist-global.com.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.