Seorang blogger yang terkenal kisah politik, Raja Petra Kamarudin mendapat perhatian warganet di laman twitter. Raja Petra yang di laman twitter peribadinya menulis bahawa dia berhak menegur raja kerana dirinya juga merupakan keturunan diraja.
“Saya keturunan Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak dari Riau, seorang pahlawan yang digelar “Raja Api”. Jadi jangan tuduh saya menderhaka kepada Raja. Saya berhak tegur Raja kerana bukan semua Raja berhak duduk di atas takhta. Pergi belajar sejarah sebelum komen tentang saya”- tulisnya di laman twitter.
Raja Api
Pendedahan Raja Petra ini susulan dari dakwaan segelintir pihak yang menyifatkannya sebagai seorang yang menderhaka kepada Institusi Diraja. Katanya, dengan kedudukannya sebagai kerabat, dia sememangnya mempunyai hak menegur untuk menegur ‘Raja’.
Sementara itu, di laman twitter, blogger yang kini menetap di United Kindom (UK) itu menerima kecaman dan kritikan dari netizen. Ada di antara mereka yang tidak peduli dengan asal-usul Raja Petra memandangkan dia sendiri tidak menetap di Malaysia.
Malah ramai yang menjadikan perkongsiannya sebagai bahan jenaka.
Untuk info, Raja Petrasebelum ini pernah dicop menderhaka kepada institusi diraja oleh beberapa pengguna media sosial apabila mengeluarkan kenyataan mempersoal tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemilihan Perdana Menteri ke-10 (PM10).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.