Kalau kamu nak tahu suit adalah set baju klasik yang kebiasaannya orang pakai ketika situasi penting dan tertentu saja. Tetapi sekarang ini gaya suit telah menjadi salah satu gaya kasual yang sangat popular.
Bukan hanya ‘direka’ khas untuk lelaki saja, suit juga boleh digayakan oleh wanita. Pilih mana-mana gaya yang kamu suka, tapi menurut Miss Murai kalau kamu nak nampak paling stailo dalam IG… Wajiblah pilih lima gaya suit berikut…
#1 Pakai dengan but untuk nampak cool
Mungkin ada yang nampak pelik, tapi padanan ini sebenarnya nampak sangat stylish tau! Sama ada suit yang longgar, oversized atau fit, cuba kamu gayakan suit pilihan dengan but.
Psst… Jangan lupa padankan juga suit kamu dengan kaca mata, beg bahu dan sedikit aksesori lain okay?
#2 Paling senang, atas bawah pakai warna monokrom
Dari atas hingga ke bawah, tak salah kalau kamu nak gayakan suit dalam warna monokrom. Cantik dan sesuai untuk feed IG kamu, antara warna saranan DIVA adalah biru, coklat, pink dan pastel.
Cuba gantikan pakaian dalam seperti t-shirt atau kemeja dengan vest pula. Kasut pula boleh pakai sneaker untuk nampak seperti gadis cool!
#3 Boleh juga pakai dengan hoodie
Seterusnya adalah gaya jalanan. Apa yang Miss Murai boleh cadangkan adalah pakai hoodie bersama-sama dengan suit berbanding dengan kemeja atau t-shirt. Kemudian lengkapkan gaya dengan sepasang sneaker, dan topi besbol untuk gaya cool yang ‘uumph’!
#4 Kalau nak nampak seksi, cuba mix and match macam ini…
Walaupun pakai suit, kamu boleh nampak tonjolkan sisi seksi juga tau. Caranya padukan suit (paling cool sekali adalah baggy suit) dengan crop top atau bralette sebagai pakaian dalam untuk pamerkan bentuk badan kamu yang menggiurkan itu.
#5 Klasik dan cool kalau kamu boleh jadikannya gaya vintaj!
Miss Murai sarankan kamu padankan suit dengan kemeja dan seluar longgar (baggy pants) dalam tona berbeza tetapi pastikan warna tersebut match antara satu sama lain. Bergaya cool dengan lebarkan kolar dan buka butang baju untuk pamerkan collar bone kamu!
Selamat mencuba!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.