Bahagianya hati bila dipuji muda walhal, usia sebenar… (tak nak cakaplah). Sekarang nak nampak muda, kena ada rutin penjagaan muka yang betul step-by-step bermula dengan pembersih sehinggalah ke SPF, dan waktu malam jangan dilupakan sleeping mask.
Miss Murai kalau bercerita tentang skincare, memang tak boleh berhenti… macam-macam produk nak cerita. Hah, nak kongsi satu lagi produk dari negara seberang yang mula mendapat sambutan di negara kita. Kamu pernah dengar tak jenama Emina?
Emina, jenama kecantikan untuk remaja yang terkemuka dari Indonesia, kini memperkukuhkan jenamanya di Malaysia, telah memasuki pasaran Shopee, TikTok Shop dan Watsons.
Siapa saja yang boleh pakai Emina? Emina dicipta untuk memenuhi keperluan dan kehendak remaja. Produk yang dirumus khas, serta bungkusan produk direka khas dengan reka bentuk dan warna comel, bagi menarik minat dan bertepatan dengan tema Beauty Bestie.
Membawa slogan ‘Born to be Loved’, Emina mengajak para wanita, khususnya gadis remaja untuk hidup dengan prinsip berkasih sayang, bergembira dan bercita-cita.
Pakai produk Emina, kamu auto awet muda
Miss Murai mengesyorkan rangkaian Emina Bright Stuff. Ia direka khas untuk merawat kulit kusam dan mencerah kulit.
Rangkaian ini termasuk pembersih, toner, serum, pelembap, face mask dan air micellar. Semua produk dalam koleksi ini diperkaya dengan ekstrak summer plum dan agen pencerah berganda yang telah dijui secara klinikal dan selamat.
Bukan sahaja ia mencegah kulit kusam, koleksi Emina Bright Stuff juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran.
“Apabila tibanya haid, pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering dan sebagainya datang akibat perubahan hormon. Keadaan ini menjadikan mereka tidak selesa, lantas menjejaskan penampilan dan keyakinan diri.”
Jadi Emina, memahami perkara ini dan mencipta produk yang dapat membantu wanita khususnya gadis remaja melalui fasa mencabar ini.
Itulah sebabnya rangkaian penjagaan kulit Emina tampil dengan formulasi lembut dan berkesan yang dibangunkan secara saintifik agar sesuai untuk kulit remaja.
Untuk info lanjut mengenai produk Emina, boleh lawati Instagram @eminacosmetics_my dan Tiktok @eminacosmeticsmy.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.