Terbaharu, Shila Amzah berkongsi satu video beliau dengan anaknya Seth Uwais untuk mengajar anaknya mengunggkap kata ‘Mommy’ namun lain pulak anaknya sebut. Video tersebut menjadi perhatian warga Tiktok yang melihat video tersebut.
Shila Amzah menulis ‘Mommy’ di papan tulis ditunjukkan pada anaknya, namun anaknya menyebut ‘Babby’ sambil ketawa. Dalam kapsyen yang ditulis oleh Shila, anaknya mempunyai masalah pelat. Apabila ia menyebut sesuatu perkataan , ia akan menjadi lain.
“Masalah juga bila anak ada pelat, macam mana nak buat ni”- tulis Shila meminta nasihat dari peminatnya di laman TikTok.
@shilaamzahofficial Masalah gak bila anak ada pelat , cane nak buat ni ? Haha #makmakjamannow #fy
Rata-rata para ibu memberi komen tentang pengalaman mereka yang sama yang mempunyai anak yang ada masalah pelat di ruangan komen tersebut.
“Anak Kami Pun Dah Nak Masuk 3 Tahun Masih Belum Boleh Bercakap Dengan Betul”
Sekadar info, mengenai perihal anaknya, Shila Amzah telah mendedahkan bahawa Seth Uwais kini disahkan mempunyai speech delay iaitu ada masalah dengan pertuturannya, ianya lambat dari usianya.
Seth Uwais kini sedang mendapatkan rawatan iaitu terapi pertuturan atau speech therapy.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.