Miss Murai tahu peminat jenama fesyen kate spade new york pasti teruja dengan berita ini!
Bagi menyambut ketibaan percutian, kate spade new york melancarkan pengambilalihan jenamanya di Sunway Pyramid. Selain bertempat di bahagian gelanggang ais luncur, kate spade new york turut memaparkan kios pop-up interaktif.
Apa yang menarik tentang sambutan percutian kate spade new york kali ni, kios pop-up interaktif tersebut berinspirasikan Candy Bar. Paparan dekorasi kios Candy Barini menggabungkan warisan serta nada gaya yang menuruti keanehan dan keseronokan; kilauan glamor tinsel dengan hamparan lantai hitam putih bercorak dam.
Kios interaktif yang terbuka pada umum dari 8-26 Disember 2022 ini memaparkan barisan aksesori dan ceraian gaya yang pelbagai, disuntik rincian eleman manisan gula-gula yang bertenaga.
Psst… Selain itu, pengunjung turut ditawarkan pemberian hadiah iaitu manisan gula-gula untuk dimenangi. Bagi memenangi hadiah ini, pengunjung perlu mengambil bahagian dalam permainan iaitu [Sugar Rush kate spade].
Setelah selesai bermain di setiap tahap permainan, pemain boleh menebus hadiah di kios Candy Bar dan berpeluang memenangi pengalaman membeli belah bernilai RM3000.
Setiap Sabtu (10, 17, 24 Disember 2022), pengunjung Sunway Pyramid bakal ‘dihidangkan’ persembahan luncur ais istimewa pada pukul 2:30 petang yang dibawakan khusus oleh kate spade new york.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.