Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, selamat bergelar suami kepada suri hatinya, Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis akad nikah pagi tadi.
Menerusi tinjauan Murai MY, Latif turut berkongsi momen hari bahagianya itu di akaun Instagram miliknya. Pasangan mempelai dilihat manis berseri dalam persalinan serba putih rekaan Seth & Luna.
Sekali Lafaz
Berdasarkan video yang dikongsi, pasangan ini diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz dengan mas kahwin RM1,312.
Majlis ijab kabul itu diadakan secara besederhana dengan kehadiran ahli keluarga kedua belah pengantin dan teman taulan yang rapat dengan mereka.
Ruangan komen di Instagram Latif dipenuhi ucapan tahniah daripada wargamaya yang tumpang gembira melihat mereka disatukan.
Terdahulu, Latif yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 bertunang dengan Nurul Nabila Farhana pada 23 Oktober 2021.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Latif dan Datin Nurul Nabila, semoga bahagia hingga ke anak cucu.
Kredit Foto: Instagram Seth & Luna
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.