Tampil serba putih dengan perincian yang tonjolkan sisi seksinya!
Walaupun BLACKPINK sedang melakukan world tour; tetapi konsert tersebut tidak menghalang Jennie Kim daripada hadir ke pertunjukan fesyen rakan baiknya, Simon Porte Jacquemus.
Diadakan di luar Paris, di Le Bourget; Jennie telah hadir ke pertunjukan musim bunga “Le Raphia” tersebut dengan mengenakan pakaian dan aksesori dalam rona neutral iaitu krim.
Menggayakan pakaian dan aksesori Jacquemus, gaun mini Jennie itu sebenarnya dipadankan bersama flared runched skirt. Dan di bahagian atas gaun mini itu pula, diperincikan dengan garis leher gaya halter bersimpul nipis. Sangat seksi sambil menonjolkan collar bone miliknya.
Melapisi menutup gaun mininya, Jennie menambah boxy blazer yang diperincikan dengan jahitan luar yang ketara. Sekali pandang, memang nampak setiap sentuhan unik ini berjaya naikkan lagi seri gayanya!
Dan keseluruhan gayanya ketika di pertunjukan Jacquemus itu dilengkapkan dengan beg tote mini fringed raffia dan sepasang mules. Apa yang membuatkan Miss Murai tertarik adalah, kasut tinggi sekitar 3.34 inci ini mempunyai tapak bulat dengan pintalan tali kapas yang sangat lembut.
Sekadar info, Jacquemus “Le Raphia” SS23 Show ini diinspirasikan oleh jerami rafia yang diperkenalkan dalam pelbagai item fesyen seperti aksesori, kasut dan pakaian sedia untuk dipakai.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.