Bermula sebagai pembantu jurujual di butik Gucci hingga menjadi model dan bintang realiti TV, rasanya semua tahu siapa Georgina Rodriguez.
Sepanjang Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar berlangsung, Georgina Rodriguez telah mencuri perhatian ramai terutamanya mereka si pencinta fesyen.
Bukan apa, Georgina dikatakan sangat bergaya glamor di bangku penonton ketika melihat kekasihnya; Cristiano Ronaldo iaitu pemain bola sepak Portugal beraksi di padang.
Antara gaya glamor Georgina yang dikongsinya di Instagram adalah ketika dia menghadiri perlawanan Portugal dan Korea Selatan bersama anak-anaknya. Ketika ini, Georgina mengenakan blaus rona hijau zaitun yang mempunyai reben di bahagian leher, dipadukan bersama jeans.
Kemudian semasa perlawanan Portugal menentang Switzerland, Georgina memakai palm abaya yang direka oleh jenama kotemporari 1309 Studios.
Di bahagian dalam abaya ini, Georgina mengenakan body hugging dress warna hitam. Tak ketinggalan aksesori tambahan seperti beg tangan Gucci dan barang kemas mahal seperti jam, cincin serta rantai tangan.
Psst… Kalau nak tahu look kedua ini dikatakan berharga hampir RM10 juta termasuklah aksesorinya.
Rasanya dalam ramai-ramai kekasih pemain bola sepak, Georgina ini antara yang paling bergaya glamor sekali!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.