Apa kosmetik yang paling kamu suka? Kalau masuk ke Sephora, Guardian, Watsons, Sasa atau Ainz & Tulpe, mesti nak grab satu benda. Kalau Miss Murai gincu.! Ya, walaupun dah bertimbun koleksi gincu tapi mesti nak cuba warna lain dari pelbagai jenama. Seronok melihat koleksi gincu yang pelbagai warna yang menceriakan hari.
Hari ini, Miss Murai nak cerita sikit tentang jenama seberang Wardah. Mesti semua pernah dengarkan? Cukup popular dan produk juga bermutu tinggi, baik dari penjagaan kulit hinggalah ke solekan kosmetik.
Miss Murai memang berkenan dengan setiap formula untuk koleksi gincu Wardah tapi baru-baru ini, Wardah Colorfit Velvet Matte Lip Mousse betul-betul membuka mata Miss Murai. Bukan sponsor tapi betul-betul puas hati dan terasa bibir cantik bila memakai Wardah Colorfit Velvet Matte Lip Mousse.
Bibir terasa lembut, ringan, lembap dan selesa sekali. Gincu cecair dengan tekstur mousse yang nyaman dipakai di bibir.
Kenapa best pakai?
Dirumus khas untuk menjadikan bibir selesa menggunakannya, kerana adanya kandungan ini:
- Velvet Powdery Texture – Tekstur halus dan lembut apabila disapu pada bibir dengan kemasan serbuk yang ringan dan selesa di bibir tanpa rasa melekit. Tidak membuat bibir kering atau pecah-pecah kerana mengandungi Vitamin E sebagai pelembap.
- Mudah set & Matte Finish – Hasil matte cepat ‘set’ di bibir tanpa perlu menunggu lama.
- Tahan lama & tidak melekat – Bila disapu pada bibir terasa selesa, malah tidak melekat dan sangat tahan lama untuk kegunaan harian.
@adillasyahirraadam Now i know why asyik sold out dekat store😩 the color & texture sumpah best😭 velvet matte and transferproof la girlsss😍😍🥰 #fypシ #fyp #lipswatch #wardahcolorfit
Terdapat 14 shade ditawarkan dari pilihan nude, coklat dan merah. Nak beritahu, Wardah Velvety Lip Mousse sentiasa sold out ye, jadi bertabahlah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.