Ibu kepada pelakon Aida Aris, Siti Khadijah Abu Sujak telah menghembuskan nafas terakhir, pada jam 10.40 pagi hari ini, (Selasa).
Sharifah Shahirah Kongsi Berita
Berita duka itu dikongsi oleh rakan industri, Sharifah Shahirah menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“Sedekahkan Al-Fatihah, ibu kepada @aidaaris_ baru saja menghembuskan nafasnya jam 10.40 pagi tadi. Semoga dipermudahkan urusan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kongsinya.
Ruangan komen perkongsian itu dipenuhi ucapan salam takziah dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan industri dan wargamaya.
https://www.instagram.com/p/CmX-Ij1vkw9/
Tidak Bernafas Di Ruang Tamu
Memetik laporan mStar, Allahyarham meninggal dunia pada usia 84 tahun. Aida melihat ibunya tidak bernafas di ruang tamu kediaman mereka sebelum dibawa ke klinik berhampuran dan diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit.
Bagaimanapun, takdir Allah SWT sudah tertulis, ibunya tidak dapat diselamatkan dan kemudian disahkan meninggal.
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital dua bulan lalu kerana mengalami paru-paru berair dan dibenarkan pulang selepas tahap kesihatannya pulih.
Salam takziah daripada Murai MY kepada Aida Aris sekeluarga, semoga roh ibunya dicucuri rahmat Allah SWT.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.