Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi meluahkan rasa berang terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab telah menyunting fotonya untuk mempromosikan produk tanpa kebenaran.
Mohon Orang Ramai Tidak Terpedaya Dengan Iklan Palsu
Menerusi hantaran di Instagram, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil memuatnaik iklan palsu yang menggunakan wajahnya sambil memegang stoking kesihatan, serta menitipkan pesanan buat orang ramai untuk tidak terpedaya dengan iklan palsu berkenaan.
“Penipuan!! Korang jangan tertipu dengan hantu stokin ni!!.”-Tulis Pak Nil
“Kurang Hajarnya Diorang…Saman Je Pak Nil..”
Tinjauan Murai My di ruangan komen mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti turut memberikan pandangan mereka, malah ada yang menyarankan Pak Nil mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.
“Depa ni memang kuqang jaq! Menega dengan menipu! Macam tu la saya kena sebelum ni.”-Rozita Che Wan
“Kurang hajarnya diorang. Saman je Pak Nil.”-Fizo Omar
“Take action against them Uncle.”-Nabil Mahir
“Berani no depa.”-Nourul Depp
“Di FB Pak Nil, bersepah dah, nasib baik tak terjebak, CTDK & Dr Sheikh Muszaphar pun kena. Adoii depa ni.”-Normala Samsudin
“Macam-macam cara ek orang nak menipu sekarang. Nanti bila nampak artis yang promote, orang mula la percaya fi beli produk tu.”
“Pelik gak kenapa Pak Nil jadi duta stokin sedangkan Pak Nil sendiri pun jarang pakai stokin. Pandai diorang ni edit.”
Orang ramai diminta berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan produk yang menggunakan iklan palsu…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.