Peminat K-Pop atau K-Drama jangan terkejut ye kalau Miss Murai dedahkan usia sebenar selebriti genit Korea Selatan; IU adalah 29 tahun!
Bukan apa Miss Murai sendiri terkejut kerana saiznya yang genit dan memiliki wajah serta kulit seperti remaja itu; langsung tak melambangkan usia sebenarnya.
Berdasarkan ‘penyelidikan’ Miss Murai, IU (atau nama sebenarnya Lee Ji Eun) tidak menggunakan banyak produk dan lakukan rawatan untuk menjaga kecantikannya. Tetapi apa yang selebriti itu lakukan untuk rutin kecantikannya adalah dengan amalkan tiga langkah saja.
Nak tahu? Baca perkongsian di bawah;
Langkah 1: Lindungi Kulit Dengan Suncreen!
Pernahkah kamu tertanya-tanya kenapa ramai mengesyorkan untuk memakai sunscreen sebelum keluar rumah? Untuk pengetahuan kamu, sunscreen dapat elakkan kulit daripada kusam dan tidak bermaya akibat sinaran UV.
Sama seperti IU, pemakaian sunscreen boleh dikatakan sebagai ‘mandatori’ kerana ianya sangat penting. Tanpa sebarang pemakaian sunscreen, ia boleh membuatkan kulit mengalami penuaan pramatang seperti kedutan di bahagian mata.
Langkah 2: Jangan Lupakan Toner
Penggunaan toner ini boleh dikatakan penting dalam penjagaan wajah kerana ia dapat membantu menyeimbangkan kulit. Dalam pada masa yang sama, toner dapat mengecilkan pori-pori di permukaan wajah.
Kalau kamu tidak memakai toner, pastikan selepas ini kamu memakainya. Ini kerana toner dapat membantu melembapkan dan membuat kulit kamu mendapat khasiat yang secukupnya pada langkah penjagaan wajah yang seterusnya.
Langkah 3: Facial Oil Penting Untuk Lembapkan Kulit
Bagi melembapkan kulit, IU hanya menggunakan dua titik facial oil bagi setiap kali mengenakan rutin penjagaan wajahnya.
Bagi membuatkan kulit kekal lembap sepanjang masa, IU akan mengambil kapas muka dan campurkan dengan toner serta facial oil. Kemudian, dia akan dab secara perlahan-lahan di seluruh wajah selama lima minit bagi mendapatkan kebaikannya.
Buat setiap hari, coInfirm boleh dapat kulit macam IU.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.