Psst… Pernah tak kamu terfikir kenapa kita ada bulu di Miss V (kemaluan)? Kadang kala rasa macam tak ada fungsi dan merimaskan sehingga ada yang cukur bersih setiap kali ianya tumbuh panjang.
Mungkin ada yang rasakan bila ada bulu Miss V, rasa macam tak bersih dan sebagainya. Tapi bulu-bulu ini ada fungsinya dan sebaiknya tak perlu cukur dengan bersih atau licin pun.
Kalau kamu nak tahu, sebenarnya bulu Miss V ini ada kebaikan dan fungsinya sendiri. Jadi tak salah kalau ada yang biarkan bulu ini tumbuh panjang dan tak cukur-cukur tau.
Dan berdasarkan skop kesihatan, Miss Murai kongsikan apa kebaikan dan fungsi bulu di Miss V yang selepas ini kamu tak akan lagi cukur dengan licin.
#1 Jadi pelindung dan menjaga kebersihan
Kulit di kawasan kemaluan kita sangat sensitif, jadi bulu kemaluan menjadi perisai untuk kurangkan geseran, terutamanya ketiak berhubungan seks. Tambahan pula, bulu Miss V boleh memanaskan faraj dengan suhu yang ideal.
Malah bulu-bulu ini boleh menyekat peluh keluar daripada kulit supaya faraj sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering, Ketika proses ini berlaku, bulu kemaluan juga membantu menyebarkan hormon pheromone yang baik untuk seks dan menghalang bakteria daripada memasuki faraj.
#2 Melindungi tisu dalam badan
Untuk pengetahuan kamu, bulu Miss V menjadi ‘pintu’ kepada organ wanita kerana ia melindungi dan menapis bakteria jahat daripada memasuki tisu dalam faraj. Ini kerana sesetengah wanita mempunyaifaraj dan labia yang agak terbuka. Bila tiada bulu kemaluan, mudahlah labia dijangkiti hingga terjadinya kerengsaan.
#3 Cegah keradangan folikel
Menurut pakar, ramai wanita sekarang mengalami folikulitis atau keradangan di faraj. Ini kerana proses mencukur membuatkan folikel rambut tersumbat atau dijangkiti. Kesannya rajah akan alami kegatalan, kemerahan dan juga kerengsaan.
Selepas ini nak cukur bulu kemaluan, jangan sampai cukur bersih ye. Tinggalkan sedikit untuk ‘jaga’ faraj kamu!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.