“Ya Allah, berbaunya orang sebelah aku ni. Tak mandi ke, tak pakai deodoran ke?”
Bermonolog pagi hari bila bersesak dalam LRT ke pejabat. Berdepan dengan masalah bau odor orang sekeliling lagi membuatkan hari kamu terus suram.
Dah tahu adalah masalah bau badan, bau ketiak… tak akan tak nak cari penyelesaiannya. Ini Miss Murai nak cerita sikit tentang seorang wanita yang baik hati kongsi rahsianya untuk harum sepanjang hari.
@wanihoney Replying to @EMY pakai perfume body oil or lotion.
Empunya diri yang dikenali sebagai @wanihoney berkongsi video di TikTok rahsia hilang bau badan dan berjaya menarik perhatian pengguna. Kata Wani, dia tak pakai deodoran, tapi hanya menyapu ‘minyak’ ini sahaja.
“Pakai body oil ini mesti orang akan tegur. You pakai apa, wangi gila.”
Rahsianya adalah…
Rahsia dia adalah PALMER’S Coconut Oil Formula with Vit-E Hydrate Replenish Body Oil. Minyak yang ringan dan cepat serap yang memulihkan keseimbangan minyak semula jadi kulit dan memberikan cahaya yang sihat secara keseluruhan. Menyuburkan secara mendalam namun menyerap dengan cepat, tanpa meninggalkan sisa berminyak.
Bukan setakat badan bau wangi, tapi lembut, lembap dan glow.! Nak pakainya, minyak badan yang berbau vanila dan kelapa ini disapu pada badan selepas mandi.
Nak beli, boleh cari di farmasi dan stor terpilih.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.