Benarkah personaliti TV, Suhaimi Sulaiman bakal menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Penyaran (RTM)? Ada ura-ura dari sumber industri mengatakan bekas penyampai berita TV3 pada era 90an ini dijadualkan memulakan tugas minggu hadapan.
Laporan dari Dagangnews melaporkan, pemilihan Suhaimi sebagai Ketua Pengarah berdasarkan pengalaman besar yang dimilikinya lebih 3 dekad dalam dunia penyiaran negara.
Menguatkan lagi kesahihan berita ini, laporan yang sama menyebut jawatan Ketua Pengarah Penyiaran kini kosong setelah disandang sekejap oleh Dato’ Che Roslan Che Daud .
Untuk info, pada tahun 1990 beliau menyertai saluran televisyen Malaysia, TV3 sebagai seorang wartawan dan penolong penerbit.
Beliau menerbitkan dan mengacarakan rancangan berita dan hal ehwal semasa TV3. Antaranya seperti Face to Face, Editor, Teleskop, Malaysia Hari Ini dan Bincang Petang, selain menjadi penyampai Buletin Utama dan Nightline.
Pada April 2015, Suhaimi telah dilantik oleh Astro untuk menyediakan Latihan Media untuk pasukan komunikasi Astro dan ketua saluran.
Manakala pada Ogos 2020, Ketua Menteri Sarawak (kini Premier Sarawak) Abang Johari Tun Openg melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.