Ada yang masih pakai panty liner ke sekarang ni? Pakai setiap hari ke?
Sekiranya kamu salah seorang daripada mereka yang pakai panty liner setiap hari, lebih baik hentikannya segera.
Memang betul bila ada yang kata panty liner boleh adalah penyelamat wanita yang mempunyai keputihan yang teruk, tetapi menurut pakar gynaecology; Dr. Annie Frenkel mendedahkan tabiat memakai panty liner ini adalah bahaya.
Nak tahu seteruk mana bahayanya panty liner pada bahagian intim jika kita pakai setiap hari, kamu boleh baca perkongsian Miss Murai di bawah;
Kenapa tak boleh pakai setiap hari?
Menerusi video kongsian Dr. Annie di TikTok, pakar gynaecology ini mendedahkan pemakaian panty liner setiap hari boleh menyebabkan kerengsaan yang teruk berlaku di bahagian faraj.
@drannieobgyn #obgyn #vulva #contactdermatitis #pantyliners #skin #doctor #women #girls #momsoftiktok #nurse #medical #health #fyp
“Saya tahu ada yang rasa merengsa dan gatal teruk di sekitar vuvla. Ianya bukan disebabkan oleh jangkitan tetapi oleh pemakaian panty liner setiap hari.”
Dan apabila kita pakai setiap hari, akan berlakunya geseran di antara panty liner dan juga faraj secara konsisten. Kesannya faraj dan vulva akan rasa mula rasa merengsa, gatal-gatal hingga luka akibat menggaru.
Selain daripada berlakunya contact dermatitis (ruam gatal atau alergik) antara panty liner dan faraj, si pemakai turut berisiko untuk mendapat Lichen Simplex Chronicus.
Lichen Simplex Chronicus adalah tindak balas kulit terhadap geseran yang berlaku berulang kali, sama ada disebabkan oleh gosokan atau garu.
Tindak balas ini kebiasaannya akan muncul di kawasan kulit yang menebal atau kasar, di mana kamu akan rasa seperti ada benjolan di sekitar folikel bulu. Rasanya memang sakit dan sangat gatal!
Sebagai ganti panty liner, kamu boleh buat begini…
Miss Murai faham sangat perasaan kamu bila buka seluar dalam nampak keputihan yang melekat di atasnya. Walaupun tak boleh pakai panty liner setiap hari dan secara kerap, kamu boleh bawa seluar dalam tambahan untuk ditukar.
Gulung atau lipat seluar dalam beberapa helai dalam bentuk yang lebih kecil. Kemudian simpan dalam beg ziploc untuk mudah dibawa ke mana saja.
Bagi mereka yang tak pernah menenghadapi situasi ini, boleh teruskan pakai panty liner tapi nasihat Miss Murai pakailah bila perlu saja ye.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.