Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James berkongsi detik cemas apabila dia telah diganggu oleh seorang lelaki yang pernah melakukan perkara sama hampir setahun yang lalu di sekitar musim Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
Diganggu Lelaki Berjubah & Kopiah Putih
Menerusi hantaran di Instagram, Francisca menceritakan bahawa dia menyedari kehadiran lelaki terbabit ketika berada di sebuah hotel, baru-baru ini.
“Hari ini 17 Jan 2023, saya berada di Hotel Four Season, baru sahaja selesai temujanji spa dan saya sedang menggunakan telefon bimbit sambil menuju ke lobi untuk memesan Grab dan hanya duduk di sofa lobi.
“Saya ternampak DIA lagi. Orang yang sama, pakaian yang sama , cuma kain warna yang berbeza di bahunya. Perkara yang paling teruk ialah saya seperti melihat dia meletakkan sesuatu di lehernya!.
Seperti minyak atau sesuatu, saya sangat takut dan terus pergi ke Starbuck dan menelefon rakan saya mengenali pengarah keselamatan dalam Four Seasons.”-Kongsi Francisca
Duduk Di Satu Sudut Bertentangannya
Tambahnya lagi, dia menceritakan bahawa lelaki yang berjubah dan kopiah putih itu mengekorinya sehingga ke dalam premis Starbucks dan duduk di satu sudut bertentangan dengannya.
“Apabila lelaki itu memasuki entrance, matanya melihat kiri dan kanan, dan melalui tingkap kaca Starbucks, ternampak saya dan sudah tentu DIA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMASUKI STARBUCK dan duduk di satu sudut bertentangan saya.”-Kongsi Francisca
Kongsinya lagi, pengawal keselamatan datang untuk menangkap lelaki itu namun tidak berjaya kerana dia meninggalkan premis terlalu pantas.
“Saya berkongsi di sini supaya wanita di luar sana atau sesiapa yang melihatnya sila berhati-hati dan jangan biarkan dia menyentuh anda atau JANGAN BERANI MELIHAT MATA DIA. Saya panik dan trauma kerana saat saya melihatnya, saya teringat apa yang dia lakukan sebelum ini.”-Kata Francisca
Miss Universe Malaysia 2020 ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan persekitaran yang sudah tidak berada dalam keadaan selamat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.