Selamat Tahun Baru Cina!
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada 22 Januari 2023 nanti; Pandora melancarkan koleksi perayaan baru yang boleh kamu dapatkannya di kedai atau secara dalam talian seperti di bawah.
Mewakili haiwan zodiak 2023, arnab adalah haiwan yang terkenal dengan sifatnya yang tenang, baik dan comel. Oleh itu dapatkan koleksi Pandora kali ini untuk membawa kebaikan, keberanian, kedamaian dan sedikit tuah sempena raya ini!
- Chinese Year of the Rabbit Charm (RM329)
Bersalut dalam 14k rose gold, charm arnab Pandora ini nampak sangat comel apabila memeluk kristal merah berbentuk hati di dadanya. Kalau perhatikan dengan teliti, kamu juga boleh nampak kristal merah jambu di mata dan muncung enamel.
- Mahjong Triple Dangle Charm (RM329)
Charm ini mempunyai tiga jubin Mahjong yang diperincikan dengan 6 kristal, 6 motif buluh dengan butiran enamel dan watak Cina untuk ‘6 juta’. Dalam numerologi Cina, 6 dianggap sebagai nombor bertuah dan 3 kali ganda 6 mewakili rahmat untuk semuanya berjalan dengan lancar.
- Two-tone Red Envelope Dangle Charm (RM329)
Lebih banyak hóngbÿo ((紅包), lebih meriah! Charm ini menampilkan syiling bersalut emas 14k dan enamel merah berkilat lutsinar, dengan aksara fù (富) di bahagian belakang, bermaksud “kaya” atau “berlimpahan”.
- Firecracker Pave Bars Bracelet (RM619)
Untuk menceriakan majlis dan mengusir semangat jahat, gelang perak sterling ini menampilkan pavé berkilauan dan batu potong baguette merah yang saiznya berbeza mewakili mercun.
Berminat boleh dapatkan di kedai Pandora atau [SINI].
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.