Berdasarkan data carian platform percutian digital global, Agoda, Jepun muncul sebagai destinasi yang mempunyai carian tertinggi pelancong di Asia sempena sambutan Tahun Baru Cina, diikuti oleh Malaysia dan Thailand.
Percutian Negara Jiran
Tahun ini, data Agoda juga menunjukkan bahawa ramai pelancong yang memilih percutian ke destinasi berhampiran di negara jiran untuk perayaan tersebut.
Namun begitu, trend ini tidak ketara dalam kalangan pelancong dari China dan Jepun yang lebih menggemari destinasi percutian beriklim panas.
Perkembangan Yang Baik
Menurut Agoda, ia merupakan satu perkembangan yang sangat baik di mana kita dapat menyaksikan kembalinya keyakinan pelancong terhadap percutian antarabangsa.
Agoda mempunyai jangkaan terhadap lonjakan dalam perjalanan dari negara China, apabila Thailand, Macau, Taiwan, Hong Kong dan Jepun kembali dalam senarai destinasi idaman bagi Tahun Baru Cina tahun ini.
Malaysia Di Tangga Kedua
Data carian Agoda juga mendedahkan pilihan utama dalam tiga pasaran paling popular mengikut volum, iaitu Jepun, Malaysia dan Thailand.
Dengan tarikan warisan budaya dan suasana kotanya yang meriah, Kuala Lumpur muncul sebagai tempat paling popular di Malaysia, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Di Thailand pula, Bangkok berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh bandar pesta pantai Pattaya dan Chiang Mai yang kaya dengan budaya
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.