‘Pathaan’ karya Shah Rukh Khan telah menerima sambutans yang sangat positif daripada penonton di seluruh negara dan antarabangsa, di mana filem itu setakat ini berjaya meraih kutipan sehingga Rs500 crore (RM259 Juta).
Filem blockbuster ini mempunyai beberapa adegan yang tidak dapat dilupakan. Salah satu lokasi penggambaran dijalankan di Dubai dengan adegan penuh aksi oleh para pelakon.
Selain itu, salah satu adegan yang menjadi popular, adalah adegan yang menampilkan kedua-dua watak utama, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Dalam adegan itu, Padukone kelihatan menyapa seseorang dengan mengucapkan ‘Assalamu Alaikum’.
Shah Rukh Khan kemudian muncul dari belakang, dan memberikannya respons yang sempurna.
“Wa alaykumu salam wa rahmatullahi wa barakatuh”, Shah Rukh Khan menjawab.
ASSALAM ALAIKUM, 🤗#srk #Pathaan450crWorldwide 👇👇👇👇
Book your tickets now: https://t.co/0t14QjMSB6 | https://t.co/9FG0hIGNA1@iamsrk @yrf#ShahRukhKhan #YRF50 #PathaanCollection #Pathaan #Pathaan100crWorldwide #PathaanDay #Pathaancollections pic.twitter.com/R9uTJ28Chw
— I AM R K M K (@_iamrkmk) January 28, 2023
Sedutan video saling berbalas salam itu tular di laman twitter dan penonton teruja dengan ucapan dalam bahasa Arab yang disampaikan oleh kedua-dua bintang filem popular Bollywood ini.
Pathaan ialah sebuah filem thriller yang dibintangi oleh dua bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Filem Pathaan telah ditayangkan di pawagam Malaysia sejak Khamis, 26 Januari 2023. Filem Pataan ditayangkan di 2,500 skrin antarabangsa di 100 negara. Ini memberikan kesegaran kepada industri filem Bollywood yang telah mengalami kemerosotan pada tahun 2022.
Filem Pathaan menandakan kembalinya Shah Rukh Khan ke skrin besar sebagai watak utama, selepas dia muncul dalam filem Zero pada 2018.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.