Roti canai tidak asing lagi bagi rakyat malaysia, Kerana ianya boleh menjadi pilihan tidak kira masa dan tempat. Ada yang gemar memakannya di waktu pagi, dan ada yang menginginkannya di waktu malam. Tidak hairanlah kenapa ada kedai makan yang membuat roti canai sebagai menu wajib ada.
Roti canai yang diperbuat dari tepung gandum dan juga bahan-bahan lain, menjadikan ia makanan yang senang dan cepat dimasak akan tetapi untuk menebarnya memerlukan kemahiran dan lahitan. Selalunya, roti canai dimakan bersama kuah dal, kari dan sambal. Ada juga di negeri sebelah Pantai Timur yang memakannya dengan gula dan susu. Lain tempat lain caranya tetapi masih lagi roti canai yang sama.
Roti Canai Luar Biasa, Sekali Makan Terus Kenyang!
Lain pula kisah di Setiawangsa, di mana pemilik kedai menginovasi dari roti canai biasa kepada roti canai luar biasa. Roti canai di kedainya merupakan menu yang terlaris, sesiapa saja yang melihat pasti terliur.
Video tiktok yang berdurasi 35 saat itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.4 Juta, 51 ribu tanda suka dan 638 komen. Di video tersebut, ia memaparkan cara roti canai disediakan dengan menambah beberapa inti istimewa.
Manakala di ruangan komen pula, mereka menyatakan bahawa ternyata memang sedap dan ingin mengulang kembali ke kedai tersebut pada masa akan datang.
Dah pergi!! Memang sedap gila! tapi kene pergi pagi dan bukan hari cuti – kata mereka.
Pilihan ditangan anda, MURAI MY cadangkan kalau terliur cepat-cepat pergi cuba roti canai sarang burung special di Setiawangsa.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.